Gambar Dari Rakaman Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah
Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Ahad, 6 Mac 2016
Marah Yang Sering Bersebab
Apakah yang telah dikau lakukan sehingga terbetik khabar tentang 'tauhid tiga'?
Tegar siapakah yang telah menaburkan racun hingga 'tauhid tiga' memijarkan darah di dalam hati?
Beginikah jadinya bila Rukun Iman dan Rukun Islam diilmiahkan oleh penghayatan minda?
Perlukah diqiaskan apabila terang dan sahih dalilnya tentang beriman kepada Allah dengan keterangan tauhid rubbubiah, tauhid uluhiyyah dan tauhid Al-Asma' Wa Al-Sifat??????????
Apabila Guruku Bukan Mualaf.
Apabila kita muslim sejak lahir hasil pernikahan emak dan abah, ia adalah ibadah kedua emak dan abah. |
Apabila kita diikat dengan syahadah yang ditiupkan oleh malaikat di dalam perut ibu,
Kalimah bahasa apakah yang menjadi muqaddimah yang memenuhi perut ibumu?
Lantas kerana itu usah dilupa pesan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang diriwayatkan oleh Ath -Thabarani bahawa
" Bacalah Al-Quran serta menangislah. Andai kamu tidak mampu menangis, maka berpura-puralah yang kamu menangis."
Apabila Kita Bukan Mualaf
Hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus yakni Islam. |
Kerana kita menjadi pilihan untuk berfitrahkan akidah kerana pentauhidan kepada Allah Yang Maha Esa,
Berbanggalah apabila dilahiran oleh ke ibu bapa yang muslim,
Kerana taharah menjadikan kita bersih dan suci oleh ijab qabul, kerana ada zauj, ada zaujah dan ada wali serta saksi setelah bersedia memberikan mas kahwin kerana rela.
Apabila Keimananku Bukan Diajar Oleh Mualaf.
Bersyukurkah bila dilahirkan sebagai seorang muslimah? |
Apabila dilahirkan sebagai seorang muslimah,
Tersedarkah iman itu diperteguhkan sewaktu di alam janin oleh fitrah?
Kerana janji kalimah syahadah itu tidak menjadikan kita majusi, tidak menjadikan kita nasrani, lalu apakah lagi yang masih mahu disanggah?
Erti Dilahirkan Sebagai Muslim
Sabtu, 12 Disember 2015
Agar Tiada Bersakit Hati
Rakaman Hanan Harith - Oman - 20/7/2011 |
Berjanjilah untuk tidak mengundang bahang perbuatan derhaka ke tanah air mu
Berusahalah menjauhi tanah permai mu dari pelaku-pelaku durjana
Bila dosa-dosa itu bagi menjauhi seksa kemurkaan Ar-Rabb mu
Kerana ada di antara pembuat dosa itu akan menjadi sumber bahan api di dalam neraka.
Usahlah Sering Meminta-Minta
Oman - 20/7/2011 |
Namun mengapakah yang dikau ingin adalah untuk hampir pada negara kuasa yang jauh?
Yang sering mencetus kejutan laluan gelombang pada kerak bumi yang mencair
Oleh ujian letupan nuklear yang tidak dihidu oleh satelite di angkasa
Kerana apa tanah-tanah yang hanyut kini ingin dikecuh riuh?
Apabila : Katakanlah apakah aku akan mengambil pelindung selain Allah yang menjaadikan langit dan bumi, pada hal Ar-Rabb mampu memberi makan dan tidak pula diberi makan?
Langgan:
Catatan (Atom)